Syukur Alhamdulillah

Assalamua'laikum wrmbth,

Pada tanggal 10 Oktober 2011 kalender gregorian (Masihi) dan 14 Zulkaedah 1432 Hijrah, segala puji bagi Allah swt kerana menganugerahkan kami suami isteri seorang putera yang sihat. Bayi lelaki ini dan ibunya selamat melalui proses kelahiran di klinik bersalin barakah.

Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana semua proses dipermudahkan dan terima kasih diucapkan kepada warga kerja klinik tersebut kerana menjaga persekitaran yang patuh syariah sepanjang kami disana.

Pada malam tersebut sahaja 6 kelahiran lain dicatatkan dan bayi terberat pada malam tersebut adalah 5.85kg milik sepasang suami isteri dari Meru Klang setelah bertarung menghadapi proses kelahiran selama 6 jam. Mashaallah sabarnya dan mulianya golongan ibu.

Allah swt juga telah membuktikan bahawa segala sesuatu yag diberinya tidak dapat ditahan dan diramal oleh manusia kerana masih terngiang-ngiang lagi ditelinga kupasan seseorang berkenaan kemungkinan kesukaran saya mendapat cahaya mata. Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan menjadi pemangkin kepada penerapan nilai-nilai murni dalam organisasi Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah dan keluarga saya.

Insyaallah saya akan didik anak saya supaya menjadi insan soleh dan mukhsin dengan izin Allah swt.

Comments

Popular Posts