Perlis import 2,000 lembu

Perlis import 2,000 lembu Link Asal

27/08/2011 2:52pm

KANGAR - Perlis membawa masuk 1,664 ekor lembu dari Thailand dan Kedah serta 47 ekor kerbau dari Thailand dan Pulau Pinang bagi memastikan bekalan dagingnya mencukupi sepanjang Aidilfitri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Sabry Ahmad berkata, selain itu 700 tan matrik ikan juga dibekalkan tiga pembekal utamanya bagi menampung keperluan rakyat Perlis.
Oleh itu, diharapkan orang ramai tidak membuat pembelian panik menjelang Aidilfitri kerana barangan keperluan mencukupi, katanya kepada pemberita, selepas melancarkan Karnival Industri Asas Tani dan Pasar Tani Khas Aidilfitri, di sini hari ini.
Mengulas mengenai karnival anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) itu, Ahmad berkata mereka mensasarkan jualan RM280,000 sepanjang tiga hari ia berlangsung.
Selain itu katanya, Fama juga menganjurkan program ”Jimat Belanja Dapur” yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini bagi membantu pengguna berberbelanja secara berhemah.
Melalui program yang dilaksana di pasar tani Fama itu, pengguna dapat berjimat sehingga 15 peratus daripada belanja dapur mereka, katanya. - Bernama

Comments

Popular Posts