KUASA PERCUMA
Assalamua'alaikum wrmbth,
Zaman ini zaman percuma, apa tidaknya segala yang percuma seperti youtube dan facebook adalah percuma. Jika dilihat contoh untuk Malaysia, mudah.my menawarkan perkhidmatan percuma dan lihatlah hasilnya kini berada ditangga pertama carian pertama Malaysia.
Persoalannya, dari mana mereka menjana keuntungan dan bagaimana mereka menampung kos operasi? Sudah tentu mereka mengeluarkan kos yang banyak pada peringkat permulaan dan menanggung risiko yang sangat besar. Nasib menyebelahi mereka dan kini mereka mengecap hasilnya dan jika diteliti sisi lain ramai juga yang kecundang walaupun mereka memberikan segalanya.
Sebagai orang islam, usaha dan tawakal adalah konsep yang perlu disemat dalam hati. Bagaimana kita dapat mengambil iktibar dari kuasa percuma dalam sektor perkambingan ini? Kalau ikutkan hati memang kami nak jual percuma dan permintaan tentu datang mencanak-canak tetapi biarlah segalanya berpaksikan realiti. Buat masa ini segala kos pengangkutan, penghantaran dan cincang adalah percuma dari kami. Dengan harga serendah RM750 anda mampu melaksanakan ibadat aqiqah dengan kambing yang sihat dan berat.
Siapa tahu, inovasi masa depan dapat merendahkan lagi kos perniagaan dan memberikan situasi menang-menang kepada kedua dua belah pihak. Doakan kami berjaya dan selebihnya serahkan pada Allah. Insyaallah

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum