TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kelab Siswazah Tani di IPTA

>> Saturday, October 1, 2011

Kelab Siswazah Tani di IPTA
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/02/19

NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin  di Seri Pentas TV3, semalam.
NOH (dua dari kiri) merasmikan program Agro-Xplorasi diperhatikan Johan Jaafar (kiri); Timbalan Ketua Sektor Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif (dua dari kanan) dan Badaruddin di Seri Pentas TV3, semalam.
Pertubuhan diwujudkan April tarik belia jadi petani moden

PETALING JAYA: Bagi menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan Kelab Siswazah Tani di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai April ini.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar percaya penubuhan kelab itu akan menyedarkan golongan belia dan lepasan sekolah untuk mengikut jejak langkah mahasiswa yang turut berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian.
“Jika belia melihat mahasiswa sanggup menjadi petani, ia boleh menarik mereka untuk sama-sama menjadi petani moden.

“Kementerian akan membentuk jawatankuasa supaya kelab dapat menjalankan program berkaitan sektor pertanian seperti pameran, seminar atau program bersama usahawan tani.

“Kita akan memberikan bantuan kewangan supaya kelab dapat aktif dan agresif menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat mahasiswa serta belia menceburi sektor pertanian,” katanya selepas melancarkan program Agro-Xplorasi di Sri Pentas, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Paduka Badaruddin Amiruldin.
Agro-Xplorasi yang akan disiarkan di TV3 mulai 26 Februari ini adalah dokumentari 10 episod memaparkan kejayaan usahawan tani serta dihoskan Nazruddin Habibur Rahman atau Naz, Annahita Bakavolli dan Danny Anwa atau Danny X-Factor.

Noh berkata, kementerian turut bercadang menarik 300 siswazah menyertai Program Pembangunan Usahawan Siswazah Tani pada tahun ini dengan menghantar mereka mengikuti kursus untuk mendalami bidang pertanian, industri asas tani dan penternakan seperti kambing atau ikan hiasan, khasnya ikan arowana.

“Jika siswazah terbabit berminat menceburi sektor pertanian dan penternakan yang diikuti dalam kursus berkenaan, kita akan terus beri modal, bantuan kepakaran dan benih.

“Tahun lalu, kementerian berjaya menarik 250 siswazah menyertai program ini dan tahun ini, petunjuk prestasi utama (KPI) saya ialah mencari 300 siswazah,” katanya.

Katanya, siswazah yang berminat menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian akan dijadikan anak angkat syarikat yang terbabit dalam industri asas tani untuk mempelajari asas-asas memula dan menguruskan perniagaan.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP