Kambing Campur Lembu

Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu

kambing

GUNA SELAN (tengah) melihat daging kambing yang dijual di Pasar Chowrasta di George Town semalam.



GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.

Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.

“Kita harap peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan menjelang perayaan Deepavali ini memandangkan permintaan bagi daging kambing meningkat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Chowrasta di sini semalam.

LINK ASAL

Comments

Popular Posts