Hukum Makan Daging Korban untuk Arwah

Qurban Untuk Arwah Ayah
-Saya bercadang melakukan ibadah korban untuk arwah ayah saya. Persoalannya adakah saya adik beradik dan ibu saya boleh makan daging korban tersebut.
- Rozilah -
Jawapan
-Boleh dimakan, puan seisi keluarga boleh memakan 1/3 dari korban tersebut, 1/3 didisedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi kepada orang bukan miskin dengan keadaan daging mentah. Mengikut hukum fekah hanya orang yang berkorban nazar sahaja tidak boleh makan daging korban yang diperuntukkan kepada mereka. Ianya wajib disedekahkan semua kepada asnaf-asnaf tadi.
-Korban nazar wajib dilaksanakan segera sebaik sahaja ia dilafazkan kerana ianya telah jatuh wajib pada diri sesaorang. Nazar bererti perjanjian dengan Allah telah dibuat seumpama begini: “jika aku mendapat anak lelaki pada tahun ini maka aku bernazar untuk menyembelih saekor kambing”. Kemudian dengan izin Allah sipenazar tadi menerima anak lelaki maka wajib keatasnya membuat korban secepat mungkin dan tidak elok ditangguhkan. Waktu korban dilakukan maka seisi keluarga sipenazar tidak boleh memakan daging korban tadi kerana ianya korban nazar.
Wallahualam.

Sumber
http://www.bakit.com.my/bakit/IFrame/7.Ilmiah/1.Soal_dan_Jawab_Agama/3.Ibadah/Persoalan_mengenai_qurban_&_aqiqah.htm

Comments

Popular Posts