HIMPUN untuk ISLAM

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Mari HIMPUN di Stadium Shah Alam esok. Ia bukan bermotifkan politik dan bertujuan hanya bagi menyatupadukan umat islam di Malaysia.

HIMPUN disokong oleh sebarisan NGO yang memperjuangkan nasib islam dibumi berdaulat Malaysia. Senarai NGO ini dapat dilihat disini (SENARAI NGO TERLIBAT)

Bagi memastikan kelancaran majlis esok, mari patuhi garis panduan dibawah ini dan hormati undang-undang.

GARIS PANDUAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN)

Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :
  1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.
     
  2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar 
     
  3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
     
  4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan
     
  5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium
     
  6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing
     
  7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.

Larangan :
  1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program
     
  2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.
     
  3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.
     
  4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung
  Lebih lanjut, sila melawat LAMAN WEB RASMI HIMPUN

Comments

Popular Posts