TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Harga kambing korban Singapura RM872 seekor

>> Thursday, October 6, 2011

Harga kambing korban RM872 seekor
Link Asal

2010/09/15

SINGAPURA: Harga kambing untuk ibadat korban di Singapura ditetapkan pada S$375 (RM872.12) bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Namun harga itu mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebuah syarikat berjaya mendapat tender membekalkan kambing korban ke Singapura untuk tiga tahun akan datang.
Ketika dihubungi melalui e-mel, Pengurus Umum (Perkhidmatan Korporat) syarikat itu, Feisal J Marican, berkata walaupun harga sudah ditetapkan, kontrak yang ditandatangani syarikatnya mempunyai syarat tertentu.
Katanya, syarikatnya membenarkan harga yang ditetapkan dinaikkan atau diturunkan jika harga pasaran turun atau naik lebih daripada lima peratus.

“'Ini memberikan keyakinan dan kemantapan dari segi harga kepada orang ramai.”

Ketika ditanya mengapa harga kambing lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, dia berkata, ia disebabkan beberapa faktor ekonomi, seperti nilai mata wang, bekalan haiwan korban dan kos penerbangan serta logistik.

Beliau memberitahu Berita Harian Singapura bahawa syarikatnya akan membawa masuk sekurang-kurangnya 5,500 ekor kambing dari Australia.
Feisal berkata syarikatnya yakin dapat menerima tempahan antara 5,500 dengan 6,000 kambing pada musim korban ini. – Agensi

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP