TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

15 Usahawan dibantu

>> Tuesday, October 4, 2011

15 Usahawan dibantu



BADERI Dasuki (duduk tengah) bersama sebahagian penerima Sijil Bantuan Industri Kecil PGU dan Projek Pembangunan Jabatan Pertanian di Balairaya Kampung Lukut, Kota Tinggi, baru-baru ini.



KOTA TINGGI 3 Okt. - Seramai 15 usahawan asas pertanian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti menerima pelbagai mesin dan peralatan serta wang tunai bagi beberapa perusahaan kecil seperti memproses makanan ringan, makanan sejuk beku dan penternakan melibatkan jumlah keseluruhan RM64,780.
Sembilan daripada mereka adalah peserta galakan usahawan, tiga peserta projek pembangunan pertanian, seorang peserta pembangunan Effective Microorganism (EM) dan dua lagi peserta insentif integrasi dan tanaman selingan.
Penyampaian sijil bantuan industri kecil dan projek pembangunan Jabatan Pertanian itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki.
Beliau dalam ucapannya berkata, mereka yang menerima bantuan tersebut harus bersyukur dan terus komited untuk meningkatkan perusahaan masing-masing.
"Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai program dan bantuan peralatan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian yang lebih bermutu bagi menaik taraf hidup mereka.
"Semangat dan daya saing dalam kalangan mereka perlu menjadi contoh supaya lebih ramai golongan usahawan dapat dilahirkan pada masa depan," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Bantuan Industri Kecil dan Projek Pembangunan Jabatan Pertanian di Balai Raya Kampung Lukut di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pemangku Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Asman Aman; Pegawai Majlsi Amanah Rakyat Daerah Kota Tinggi, Izhar Ikmal Khalid dan Pengurus Agro Bank Cawangan Kota Tinggi, Rosdi Jaafar.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP