TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

RESEPI KAMBING GORENG

>> Thursday, June 23, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth,


Dah lama tak posting resepi berasaskan kambing. Jom cuba sama-sama :)

Kambing Goreng

Bahan-Bahan:
1) Daging Kambing - 1kg - dipotong kecil (dadu)
2) Secupit serbuk kunjit
3) Serbuk Chilli Babas - 1 sudu besar
4) Serbuk kari Ikan Babas - 3 sudu besar
5) Tepung Jagung Mengikut selera
6) 6-7 daun pandan di cincang
7) Garam secukup rasa 1) Bawang putih dan Halia mengikut selera di tumbuk
Cara:
1) Masukan daging kambing bersama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2) Didihkan di dalam preassure cooker sehingga lembut.
3) Setelah lembut, toskan air dan asingkan daging.
4) Masukan serbuk kunyit, serbuk kari dan serbuk chilli dan gaul rata.
5) kemudian masukkan garam secukup rasa.
6) Masukkan tepung jagung dan di gaul rata.
7) kemudian, masukkan daun pandan yang di cincang dan gaul rata.
8) Biarkan 15-30 minit.
9) Kemudian goreng dalam deep fryer atau seperti biasa.
Cadangan Hidangan:
Hiaskan plate dengan daun salat dan hidangkan daging kambing Goreng bersama apa jua kari atau gulai masak lemak.
Tambahan:
Care yang sama boleh di gunakan untuk daging lembu.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP