Ternak Kambing : Palung Makanan

Assalamualaikum Wrmbth,

Satu elemen yang cukup penting dalam kandang kambing ialah tempat memberi makanan kambing (palung).

Ada macam-macam jenis palung boleh dibuat tetapi harus diingat, rekabentuk palung mesti memudahkan kambing makan. Barulah kambing-kambing ni kuat makan, sihat dan kuat.

Palung ni pulak mesti cukup teguh sebab kambing-kambing ni memang suka memanjat atas palung.
Gambar ini saya ambil dari blog romatech agrofarm. Link mereka disini KAMBING

Spesifikasi palung boleh didapati dibawah.
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Comments

Popular Posts