Ternak Kambing : Garam Jilat
Assalamualaikum Wrmbth,
Seperti manusia, kambing juga memerlukan sumber mineral dan galian untuk membesar dengan sempurna.
Sumber galian ini boleh diperolehi dari sumber seperti rumput dan tumbuhan lain. Cara lain ialah melalui pemberian garam jilat kepada kambing ternakan kita.
Garam jilat terdapat dalam bentuk bongkah dan dijual berdasarkan berat bongkah garam tersebut. Bukan main suka kambing dengan garam ni. Macam makan gula-gula.
Kambing yang cukup zat, akan nampak lebih sihat dan aktif. Bulunya pun kelihatan bersinar dan tersisir rapi. Kacak hensem lagi bergaya. Saya sertakan sedikit maklumat berkenaan garam jilat di bawah.
BATA GARAM (GARAM JILAT)
Bata garam untuk ternakan bagi mengimbangi garam mineral. Bata garam digunakan sebagai sebahgian dari amalan pengurusan pemakanan dan merawati keadaan penyakit kekurangan zat mineral. Penternak perlu digalakkan memberi bata garam kepada ternakanya bagi mengatasi berbagai masalah penyakit kekurangan mineral.
Kadangkala penternak menghadapi masalah ternakan mereka tidak gemuk, ternakan tidak sihat, terencat, kurus kering, anemia dan kurang selera walau pun diberi makanan yang cukup dan telah dirawati ubat cacing serta tiada tanda tanda jangkitan penyakit. Maka besar kemungkinan ternakan tersebut menghadapi kekurangan zat mineral.
Anda cuma perlu gantungkan dan kambing secara naluri semulajadinya akan menjilat garam tersebut.

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum