Ternakan Kambing & Biri-biri : Masalah Kecacingan

Assalamualaikum Wrmbth,

Antara masalah kesihatan yang sering melanda kambing ternakan anda ialah kecacingan.

Seperti manusia, kambing juga tidak dapat lari dari penyakit ini kerana mereka dibiarkan meragut rumput berkaki ayam :)

Jadi bagaimana hendak mengatasi atau mengurangkan risiko penyakit ini?

a) jangan lepaskan kambing anda pada awal pagi kerana permukaan tanah masih lembab dan cacing berada dekat permukaan tanah.

b) elakkan kambing meragut rumput dikawasan yang sama setiap hari

c) Rumput yang diberikan pada kambing hendaklah dijemur pada cahaya matahari terlebih dahulu untuk menghalau cacing yang berada di permukaan rumput

d) Beri ubat cacing pada kambing sebulan sekali

e) Dan jika langkah-langkah diatas telah diambil, perhatikan gejala kecacingan pada kambing anda iaitu.. perut buncit dan londeh (jatuh kebawah), kambing tidak aktif dan sering duduk, kambing cirit-birit dan pada peringkat yang lebih teruk, bengkak pada bahagian dagu kambing

Comments

Popular Posts