TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Resepi Kambing :Asam Pedas Tulang Kambing

>> Wednesday, February 9, 2011

Assalamualaikum Wrmbth,

Selamat mencuba resepi Asam Pedas Tulang Kambing. Sumber Mesra.net


Asam Pedas Tulang Kambing
 
BAHAN A:
1kg tulang lembu/kambing

BAHAN B:
cili kering 10 tangkai (ikut citarasa)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan

BAHAN C :
3 batang serai dibakar dan ketuk
1 inci lengkuas dibakar dan ketuk
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
sedikit halba
air asam jawa
garam dan bahan perasa (secukup rasa)

CARA
1. Rebus tulang kambing sehingga empuk dan ketepikan.
2. Kisar bahan2 B sehingga halus.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan2 C dan seterusnya tumis sehingga naik baunya.
4. Masukkan bahan B; goreng garing .
5. Apabila sudah garing, masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati.
6. Masukkan air asam jawa dan semangkuk air, garam, kerisik dan bahan perasa.
7. Angkat setelah mendidih .
8. Masukkan daun limau purut (ikut citarasa anda).

NOTA

Hidangan boleh dimakan bersama sama nasi putih, ikan kering dan sambal belacan. Ianya juga boleh dicicah bersama roti.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP