PERKARA SUNAT SEMASA AQIQAH

Assalamualaikum Wrmbth,

Artikel ini saya ambil dari Link INI http://mytajididyouth.wordpress.com/ibadah/

Perkara-perkara sunat berkaitan aqiqah
:

1. Beri nama dahulu kerana hendak disebut dalam niat seperti niatnya: “Tuhanku, kerana-Mu dan kepada-Mu, terimalah aqiqah si pulan (anakku)”.

2. Bila melapah, ceraikan sendi-sendi binatang aqiqah jangan di patah-patahkan atau dipecah-pecahkan tulang (Agar sejahtera anak tiada kecacatan anggotanya),

3. Dimasak dagingnya dengan lebih rasa manis (agar manis akhlaknya) untuk disedekah atau dibuat jamuan. Sempena hadis menyebutkan bahawa Nabi S.A.W. gemarkan manisan dan madu.

4. Ada juga yang mengatakan sunat masak dengan rasa masam kerana Rasulullah S.A.W. suka lauk yang rasa masam: “Sebaik-baik lauk ialah yang masam” , hadis riwayat Muslim. tetapi yang sohihnya ialah masakan yang manis.

(Al-Majmuk, 8:430).

- Seperti ibadat qurban juga jika dbuat aqiqah sebelum lahir anak tidak jadi aqiqah (tidak sah aqiqah).

(Al-Majmuk,8:431).

- Jika anak mati sebelum aqiqah, sunat juga dibuat aqiqah untuknya. (Al-Majmuk, 8:432).

(Begitu juga anak yang keguguran tetapi telah cukup sifat, diberi nama dan dibuat aqiqah).

(Al-Majmuk,8:435-6).

- Seperti qurban, aqiqah juga, jika dinazarkan jadi wajib dan jika ditentukan binatangnya wajib disembelih binatang yang ditentukan itu.

Comments

Popular Posts