Kenapa Harga Kambing Mahal?
Assalamualaikum Wrmbth,
Di kala saya mencari bahan bacaan tambahan di internet, terjumpa luahan hati seorang hamba Allah SWT mengeluh sebab harga kambing mahal.
Beberapa tahun lalu, sektor penternakan kambing sinonim dengan kaum india dan ramai dari umat islam yang berhajat melaksanakan ibadat aqiqah tiada pilihan lain mendapatkan sumber kambing. Berikut adalah luahan hatinya (Sumber asal luahan :) )
Kini, sudah terdapat ramai usahawan muslim yang bergiat didalam sektor penternakan kambing ini. Jadi tanggungjawab fardhu kifayah ini telah terlepas dari tanggungan umat islam setempat.
Seharusnya isu penipuan terhadap urusan aqiqah berhubung umur kambing dan syarat aqiqah yang lain tidak berlaku jika berurusan dengan peniaga Muslim sejati.
Sebagai renungan, sektor penternakan kambing memang mencabar dan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi. Siapalah kami tanpa sokongan Anda dan menjadi tangungjawab bersama untuk memastikan kelangsungan hubungan simbiosis ini terus berjalan.

Apa yang ingin diutarakan di sini ialah, betapa masyarakat memilih untuk melakukan aqiqah dengan meyembelih kambing.
Jika mengikut sunnah Rasullulah, aqiqah menyembelih kambing lebih afdal. Sebab itu sekarang harga kambing mahal
Harga Kambing mahal bukan kerana dagingnya tetapi kerana nyawanya.
Persoalannya betapa ramai yang menternak kambing?
Pernah suatu ketika berhadapan dengan situasi, dimana yang menternak kambing adalah orang kafir, kita yang beragama islam membeli darinya untuk melakukan ibadah. Bila ditanya usia kambing tu, senang saja dia kata sudah cukup umur...padahal kita boleh kenal kambing tu kecil lagi....
betapa kita di tipu begitu sahaja. Maka sewajarnya sekarang ini, orang islam menerokai bidang penternakan kambing secara besar-besaran kerana kesedaran orang Islam untuk melakukan sunat mua'akad ini tinggi.
Dan mengapa juga harga kambing jadi mahal. Bincangkan bagaimana kita sebagai pengguna mahu menghadapi situasi begini?
Kini, sudah terdapat ramai usahawan muslim yang bergiat didalam sektor penternakan kambing ini. Jadi tanggungjawab fardhu kifayah ini telah terlepas dari tanggungan umat islam setempat.
Seharusnya isu penipuan terhadap urusan aqiqah berhubung umur kambing dan syarat aqiqah yang lain tidak berlaku jika berurusan dengan peniaga Muslim sejati.
Sebagai renungan, sektor penternakan kambing memang mencabar dan memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi. Siapalah kami tanpa sokongan Anda dan menjadi tangungjawab bersama untuk memastikan kelangsungan hubungan simbiosis ini terus berjalan.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum