Ternak Kambing : Rumput Kering

Rumput Kering-Hay

Rumput Kering (Hay)
Rumput kering ialah rumput yang dipotong dan dijemur hingga kandungan airnya dalam lingkungan 12 - 14 %. Rumput kering ini boleh disimpan beberapa lama dan dikekalkan mutunya.

Pengunaan jentera untuk memotong dan membuat rumput kering telah lama dijalankan di ladang-ladang ternakan yang besar terutama di luar negara. Cara ini agak sukar dipraktikkan di kawasan penternak kecil kerana kawasan yang kecil dan tidak setempat. Penternak-penternak yang menanam rumput secara kecilan dan jika terdapat hasil rumput berlebihan, penternak-penternak disyorkan membuat rumput kering sendiri dengan menjemurnya mengunakan cahaya suria.

Faedah Rumput Kering (Hay)

* Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang terjamin kesediaannya.
* Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang sesuai.
* Senang diangkut dan digunakan.

Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-

* Segar dan bebas dari rumpai.
* Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga).
* Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %).

Di Malaysia penggunaan jerami padi juga dikenali sebagai Rumput Kering dijadikan sebagai makanan ternakan kambing yang berkhasiat dan amat amat meluas penggunaannya kerana harga yang murah dan banyak didapati di kawasan pertanian yang mana terdapatnya penanaman padi. Ianya boleh didapati di Sekinchan dan juga di negeri Jelapang padi Kedah. Harganya di bawah RM100 bagi setiap satu gelungan bulat sekitar 450kg~500kg. Pada kebiasaannya, pembeli dikehendaki mengambilnya dengan menggunakan kenderaan sendiri seperti lori dan sebagainya.

Selain memberi jerami padi terus kepada kambing sebagai makanan, jerami padi boleh juga dijadikan sebagai salah satu penghasilan silaj. Cara pemprosesannya adalah sama seperti silaj rumput Napier dan sebagainya.

Comments

Popular Posts