Rawatan Penyakit Kambing: Kurap

Assalamualaikum Wmrbth,

Disini saya kongsikan cara rawatan penyakit kurap bagi ternakan kambing sebagai panduan kepada para penternak baru.


RAWATAN MODEN:
Cidectin- Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.

RAWATAN TRADISIONAL
600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & Suku botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

Saya dah pun mencuba petua ini dan memang berkesan. Selamat Mencuba :)

Comments

Popular Posts