RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU



Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkanpenyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia bolehmenghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG :Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkanke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudahmengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hat iiv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING

Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah,sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapatmeningkatkan kekuatan hafazan.
Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hariberturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hariberturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing.Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baikialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kudasebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawadaging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagaimakanan biasa. Syariat juga melarang memakan dagingbinatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsayang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
4) SUSU SEGAR TERUTAMANYA SUSU KAMBING


Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tigaunsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukanuntuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yangpaling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelasmakanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawarkelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susuboleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaikipenglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaikuntuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembuyang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibacaoleh Rasullullah s.a.w
Dan terdapat lagi beberapa makanan-makanan lain yang menjadi amalan makanan bagi para genius islam seperti halia, daging burung merpati, daging ayam, telur, buah delima, kekacang(soya, gajus, berangan), za’faran, dan minyak sapi.





Comments

Popular Posts