TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kerisik Daging Kambing

>> Thursday, January 6, 2011

Assalamualaikum Wrmbth,

Selamat mencuba Kerisik Daging Kambing

BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING
1) Daging Kambing (500g)
2) Bawang Merah (6 ulas)
3) Bawang Putih (2 ulas)
4) Buah Pala (1/2 biji)
5) Halia (1 inci)
6) Serbuk Lada Putih (sedikit)

BAHAN-BAHAN UNTUK KERISIK
1) Kelapa Parut - digoreng (1 cawan)
2) Bawang Merah (5 ulas)
3) Bawang Putih (1 ulas)
4) Gula Melaka - diparut (1/2 cawan)
5) Serbuk Ketumbar (1 sudu kecil)
6) Air Asam Jawa (2 sudu kecil)
7) Garam (sedikit)

Cara Memasak
Menggoreng kerisiknya,

Tumbuk hancur bawang putih dan bawang merah. Campurkan garam dan serbuk ketumbar.

Tumis bahan ditumbuk hingga wangi.

Masukkan gula melaka dan air asam jawa. Kacau seketika.

Masukkan kelapa goreng. (Guna kelapa muda untuk membuat kelapa goreng supaya lebih enak)

Biar sebati dan ketepikan.

Memasak dagingnya,

Potong kecil daging kambing.

Tmbuk hancur semua bahan lain untuk daging.

Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau.

Masukkan serbuk lada putih dan daging kambing. Campurkan sedikit air dan tutup kuali.

Apabila daging empuk dan airnya kering, masukkan kerisik tadi. Gaul sebati.

Kerisik daging kambing sesuai dimakan menggantikan serunding.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP