TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

KENTANG PUTAR SUSU KAMBING

>> Saturday, January 22, 2011

Assalamualaikum Wrmbth,

Resepi Mash Potatoes berasaskan susu kambing
KENTANG PUTAR SUSU KAMBING


BAHAN-BAHAN
300 pergi kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega
garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu kambing segar

CARA-CARA
Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak,
tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25 minit
hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. Masukkan
mentega dan susu kambing sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan
licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.

KUAH KENTANG LECEK

2 camb mentega
1 ½ camb tepung gandum
50 pergi batang salderi (celery), dicincang
50 pergi bawang besar (jenis putih), dicincang
1 helai daun bay (dijual kering atau segar di Cold Storage), jika suka
1 camt campuran herba thyme dan basil atau mixed herbs (kering)
sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
beberapa titik kicap pekat (untuk warna lebih gelap)
1 ½ cawan air
½ cawan susu kambing segar/UHT
1-2 camb stok pekat ayam/kiub stok, jika suka

CARA-CARA
Panaskan minyak, goreng salderi dan bawang atas api perlahan hingga
layu dan wangi. Angkat dan biar suam sebelum dikisar dengan air yang mencukupi (dari sukatan air di atas). Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau rata. Tuangkan baki air dan susu kambing perlahan-lahan dan kacau hingga campuran sebati. Campurkan semua bahan lain termasuk salderi-bawang kisar. Masak hingga mendidih kemudian angkat dan sajikan.

Kini Kentang Putar Susu Kambing ala KFC siap terhidang. Berkhasiat untuk seisi keluarga

Link asal Resepi di SINI

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP