Stik Lada Hitam


Assalamualaikum wrmbth,

Black pepper steak

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 1 keping daging kambing
* 2 ulas bawang putih - ditumbuk
* serbuk lada hitam
* 3 s/b sos cili
* 2 s/b sos tomato
* sedikit kicap
* 1 biji kentang sederhana besar
* 1 s/k mentega/marjerin
* 5 s/b susu segar

Cara-cara

1. Peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.

2. Masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.

3. Ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.

4. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)

5. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)

6. Tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

Link asal resepi ini di SINI

Comments

  1. Ada video kah mengenai menyediakan steak di atas ? http://gmail.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melawat blog kami. Kami tiada video memasak stik lada hitam ini.

    Mungkin Encik dtramorg boleh melawat youtube.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts