Promosi Daging Kambing Keluaran Tempatan
Assalamualaikum wrmbth. Artikel ini dipetik dari SINI
Persepsi orang ramai terhadap daging kambing perlu diubah kerana amalan memakan daging itu bukan penyebab utama penyakit berbahaya, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.
Justeru itu, katanya, kementerian akan menjalankan kajian bersama Kementerian Kesihatan bagi meyakinkan orang ramai bahawa memakan daging kambing tidak menjadi sebab utama penyakit seperti darah tinggi.
“Selain itu sebuah pasukan petugas khas akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi meningkatkan promosi pemakanan daging kambing tempatan sekali gus mengikis stigma negatif mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan promosi daging kambing keluaran tempatan di sini pada Isnin.
Noh berkata promosi juga akan diperluaskan meliputi tempat-tempat tumpuan pelancong khususnya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di kawasan tumpuan pelancong Timur Tengah yang mana daging kambing antara makanan utama mereka.
Selain persepsi negatif orang ramai, Noh berkata langkah lain turut diambil bagi meningkatkan pemasaran daging kambing tempatan berikutan rungutan penternak kambing bahawa pengeluaran lebih tinggi daripada permintaan.
“Jabatan Veterinar akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membuka lebih banyak gerai menjual daging kambing terutama di pasar tani seluruh negara.
“Pelbagai program juga telah dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan ke atas daging kambing import dari negara luar,” katanya.
– BERNAMA

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum