Petua Melembutkan Daging
Assalamualaikum wrmbth,
Saya pasti anda sukakan keenakan daging tidak kira kambing atau lembu kerana jika kena cara masaknya sudah pasti rasa dan aromanya menusuk kalbu. Dan semestinya tiada sesiapapun didunia ini sukan makan daging liat.
Khas buat pembaca sekalian, saya kongsikan sedikit petua memotong daging supaya tidak liat.
PETUA MELEMBUTKAN DAGING SUPAYA TIDAK LIAT
Petikan ini saya ambil dari link dibawah dan saya olah semula isi pentingnya.
SINI
Petua Melembutkan Daging
Terdapat banyak cara untuk melembutkan daging yang liat. Diantaranya:
a)Biarkan daging dalam ketulan besar untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jika daging dipotong pada saiz yang kecil, kehilangan air yang banyak dari daging akan menyebabkan daging kecut dan bertukar liat.
b)Menurut petua tradisional, sediakan sebiji betik atau nanas muda bagi melembutkan 3 kilo daging. Kisarkan betik atau nanas dan gaulkan bersama daging tersebut. Biarkan selama satu jam. Selepas itu, daging boleh dibersihkan dan dimasak menurut kehendak individu.
c)Potong betik atau nanas dan rebus bersama daging sehingga mendidih. Kemudian angkat dan asingkan dan setelah sejuk iasedia digunakan.
d)Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum