Hikayat Kambing Golek
Assalamualaikum wrmbth,
Marilah bersama-sama kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Nampaknya, masyarakat kita hari ini dilanda demam kambing golek. Apa tidaknya, mana-mana kenduri dan majlis keramaian berlumba-lumba menyediakan menu kambing golek ini dalam Menu mereka. Rasa dan aroma daging kambing yang memikat sudah tentu akan memeriahkan lagi suasana majlis.
Jadi.. kepada mereka yang berhasrat membuat tempahan kambing golek daripada katerer ataupun pembekal kambing, maklumat dibawah Insyaallah akan membantu anda membuat pilihan terbaik.
BERAPA HARGA KAMBING GOLEK?
Harga kambing golek semasa berada disekitar RM1000 (untuk kambing segar) dan RM750 (untuk kambing beku)
BOLEH TAK GOLEKKAN KAMBING AQIQAH ANAK SAYA?
Boleh.. Harga keseluruhan adalah RM1000
UIIHH, MAHALNYA.. KAWAN SAYA BOLEH DAPAT PADA LINGKUNGAN HARGA RM700 SAHAJA. KENAPA YE?
Harga kambing golek yang menggunakan daging kambing beku berada disekitar RM700 sahaja dan jauh lebih murah dari kambing golek yang menggunakan kambing segar yang baru disembelih. Sebagai makluman, upah biasa kambing golek untuk seorang katerer adalah RM400. Jika harga kambing sudah RM650.. campur upah masak kambing RM400 sudah RM1050. Wahh.. dah jimat RM50.. kalau ambil terus dari pembekal kambing. Berat
Berat Karkas (Daging + Tulang) juga mempengaruhi harga kambing golek. Jangan hanya bandingkan harga tanpa mengambilkira faktor keseluruhan (Berat,Bil. Penjaga, Kuah dan sbg). Marilah kita berusaha bersama-sama menjadi pengguna dan peniaga bijak yang memegang prinsip ketelusan dalam perniagaan.
OO.. MACAM TU. JADI KENAPA TIDAK GUNA DAGING BEKU SAHAJA?
Daging beku tidak diniatkan sembelih atas nama anak yang hendak diaqiqah. Tambahan pula, usia daging (Dari masa sembelihan), lokasi negara dan kelayakan penyembelih tidak dapat dipastikan. Jika anda mahu kambing golek yang bukan kambing aqiqah.. anda boleh dapat harga semurah itu (Bergantung pada tahap keyakinan anda)
PATUTLAH BEZA HARGANYA YE.. ADA LAGI PESANAN TAMBAHAN TAK?
Oh.. Saya amat menggalakkan anda menghadiri detik penyembelihan kambing aqiqah untuk anak anda. Kemungkinan berlaku penipuan dalam proses ini wujud.
MANA ENCIK TAHU MAKLUMAT INI YE? BOLEH PERCAYA KE?
Saudara saya adalah seorang katerer yang menyediakan perkhidmatan kambing golek. Beliau yang berkongsi pengalaman dengan saya. Lagipun saya kan ahlinya dalam bidang penternakan.. sedikit sebanyak saya tahu tentang keadaan semasa ni.
TERIMA KASIH ENCIK.
Sama-sama
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum