Kambing untuk Anak Yatim

Assalamualaikum wrmbth,

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan dari Taman Seri Andalas, Klang membuat tempahan kambing aqiqah dari kami. Beliau seorang pakcik berusia lingkungan 50 an dan berhasrat melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak perempuannya.

Apa yang menarik pada pakcik ini ialah permintaannya untuk menyerahkan kambing sembelihan tersebut kerumah anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan. Kebetulan terdapat sebuah Rumah anak-anak yatim dan fakir miskin tidak jauh dari kandang kami yang dihuni oleh 50 orang anak yatim dan fakir miskin.Syabas kami ucapkan kepada pakcik tersebut kerana prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Untuk pengetahuan semua, selepas ini 2.5% dari duit pembelian kambing anda akan kami berikan kepada rumah anak yatim dan juga rakyat palestin. Insya Allah.

Popular Posts