Kambing halal: Puru atau ORF

Assalamualaikum wrmbth,

Ilmu Allah swt memang tak terjangkau luasnya. Sebagai orang islam, marilah kita kembali kepada tradisi kita untuk membudayakan ilmu.


Katak punya puru, Kambing dapat nama

Sebagai wadah perkongsian kepada penternak ataupun kepada pembaca yang berminat menternak dimasa hadapan, kali ini kami kan berkongsi apa itu penyakit puru @ ORF dan ubat-ubatan dan cara mengatasinya.

Apa itu Puru @ ORF?


Merupakan penyakit berjangkit (antara kambing) yang berpunca dari virus orf dan dapat dilihat dari pembentukan kerak disekitar mulut kambing.

Kambing yang terkena penyakit ini, akan mengalami pengurangan berat badan yang mendadak kerana kesukaran baginya makan.

Apa perlu dilakukan?


Kambing yang terkena penyakit ini haruslah diasingkan untuk mengelakkan jangkitan berlaku pada kambing yang lain.

Kambing ini juga haruslah diberi penjagaan rapi dan kebersihannya haruslah dijaga.

Apa ubat @ rawatan yang boleh dilakukan?


Seperti biasa, kami telah membuat pembacaan dan pertanyaan kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang penternakan ini. Anda boleh lakukan:

Jawapan pakcik kampung yang baik hati (Cara rawatan tradisional.. Hehehe)

Sapukan minyak masak pada mulut kambing yang terkena penyakit ini, untuk mengekalkan kelembapan mulut dan Insyaallah berkesan.

Jawapan Dr. Veterinar yang ahli dalam bidang ini..
Ubat-ubatan untuk penyakit ini boleh diambil secara luaran (Spray) atau dalaman (Suntikan). Contoh ubat yang untuk penggunaan ialah Oxytetracyline

Penyakit ini memakan masa untuk sembuh.. Jadi sayangilah kambing ada seadanya..

Comments

Popular Posts