Kambing halal: Memperkasa ekonomi bangsa

Assalamualaikum wrmbth,

Bertemu kembali kita diruangan maya ini. Sedar-tidak sedar, kita sudah berada di penghujung bulan Mei. Pantas sekali masa meninggalkan kita, meninggalkan mereka yang alpa dalam keadaan terpinga-pinga. Adakah kita tergolong dalam golongan ini.. sama2 lah kita muhasabah diri.

Mengapa harga barangan semakin mahal, lebih spesifik lagi.. kenapa harga makanan semakin melambung tinggi? Hmmm.. siapa yang tentukan harga makanan dipasaran semasa ya? Wahh.. kalau harga makanan semakin tinggi.. tentu sekali para petani dan usahawan tani semakin kaya kan.. Alangkah baik jika apa yang saya katakan ini realiti.. kerana apa yang terjadi didunia nyata amat jauh sekali. Kerana para petani kecil-kecilan masih bergelut setiap hari untuk mencari sesuap nasi.

kambing golek dan Panggang

Mengapa ini terjadi? Para nelayan menyabung nyawa turun kelaut menangkap ikan, Para petani bermandikan peluh dan darah menanam tanaman tetapi taraf hidup masih ditakuk lama. Sungguh ironi sekali golongan yang mengaut untung disebalik kepayahan golongan ini adalah ORANG TENGAH aka peraih, pemborong dan lain2 lg. Timbul tanda tanya.. mengapa para nelayan dan petani tidak menjual sendiri produk mereka kepada pembeli supaya kedua-dua pihak (pengusaha dan pembeli) memperoleh untung bersama2. Langkah kerajaan mewujudkan pasar tani merupakan salah satu usaha yang wajar diberi pujian.

Bagaimana pula dengan kita? Semua usaha walaupun kecil mampu memberikan impak jika dilakukan dalam kuantiti yang banyak kerana kekuatan kita bukan pada jumlah wang yang kita ada, tetapi pada bilangan individu. Cuba bayangkan, semua orang islam membeli barangan keluaran peniaga muslim dan peniaga pula berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk jangka masa panjang.. akan lahirlah usahawan2 muslim yang berjaya hasil dari hubungan simbiosis ini.

Kami dari Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah  akan mencari contoh2 usahawan muslim disekitar daerah klang dan shah alam dan mempromosikan produk mereka di blog kami ini supaya para pembaca dapat membeli hasil pertanian terus kepada mereka pada harga yang lebih rendah , insya allah. Semoga sama-sama meraih manfaat.

Comments

Popular Posts