Kambing Halal: Kembung Perut
Assalamualaikum wrmbth,
Penyakit kambing 101: Kembung perut pada kambing
Betul ke kambing pun kene penyakit kembung jugak.. Hoho.. mula2 tu memang rasa macam tak percaya je tapi mmg betul kambing pun ada masalah yang sama dihadapi kebanyakan orang yang kuat makan (Hehe).. Menurut pengetahuan saya yang masih cetek dalam bidang perkambingan ni.. perut kambing dan lembu terbahagi kepada 4 iaitu
a) Rumen
b) Retikulum
c) Omasum
d) Abomasum
Kembung terjadi akibat proses penghadaman makanan yang tidak sempurna dalam perut kambing. Apabila kambing ni makan daun yang masih basah atau bahan makanan yang tidak sesuai untuknya.. maka bahagian Rumen (perut pertama) akan kembung. Antara simptom2 penyakit ini ialah bentuk perut yang tidak simetri kiri dan kanan. Rumen kambing terletak disebelah kiri badannya jadi perut bahagian kiri akan kelihatan lebih besar dari kanannya. Bagi memastikan yang kambing ni memang terkena penyakit kembung.. bunyi yang dihasilkan oleh tepukan pada perut tersebut menyamai bunyi tong kosong.
Jika penyakit ini tidak dirawat pada peringkat awal.. boleh membawa kepada kehilangan nyawa kambing tersayang =(
Jadi bagaimana caranya nak merawat penyakit kembung perut pada kambing ni? Menurut pembacaan dan khidmat nasihat orang yang berpengalaman.. ia dapat dirawat dengan
a) Menggunakan minyak masak. Beri kambing minum minyak masak (Jangan bagi banyak2.. kesian kambing tu memulas perutnya nanti).. Cara ni kami xpernah cuba lagi
b) Beri minuman berkarbonat (Disarankan beri Coca cola).. kalau boikot coca cola boleh try bagi yang lain (Radix cola pun sodap).. Yang ni pun kami xcuba lagi.. Mcm mana nak bagi.. belum sempat kambing minum dah ade orang lain yang abiskan
c) Eno Halia? Bancuh eno dalam kepekatan tinggi dan beri kambing minum.. yang ni kami dah cuba.. setakat ni alhamdulillah berkesan..
d) Tebuk peparu kambing guna buluh pada bahagian paru2 (Yang ni pun kami xbuat lagi.. xsampai hati. Lagi pun ini cuma untuk kes kronik sahaja)
Disini saya nak letak disclaimer.. anda boleh cuba cara2 diatas tapi lebih baik jika terdapat pengawasan orang yang berpengalaman dan jangan lupa doa banyak2 kat allah swt..
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum