Kambing dan Keganasan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Selamat Hari kemerdekaan semua. Sebab nikmat merdekalah kita dapat berhari raya dengan bahagia dan menternak kambing. Hargailah dan syukurilah nikmat ini, dengan memperbaiki diri dan keluarga. Bukan dengan berzina dan berpesta macam kambing atas kandang tu. Lepas 9 bulan banyaklah lahir zuriat yang tak jelas nasabnya, fakta ni dari kawan doktor. Satu hari valentine dan satu lagi merdeka. Memang naik graf lahir luar nikah.
Cedera parah dan basah berlumuran darah
Balik kepada kandang kambing, masa raya ni banyak betul perkara baru dan luar sangkaan berlaku atas kandang kambing kami. Paling baru pagi ni, seekor kambing jantan 4 bulan kami mengalami cedera parah dikepala, darah merah mengalir pekat. Kepalanya tersangkut dipartition antara petak, dan mulalah melalak. Pantang kambing lain bila tengok ada yang memekik dan mengganggu ketenteraman. Berlakulah acara hell in a cell macam WWE, ditanduknya kepala kambing jantan tu sampai lebam bengkak habis lunyai. Habis hilang kehensemannya.

Ni dia culprit kejadian subuh hari, muka nampak keibuan, tapi darah dikepala tu bukan milik kambing ni. Tapi simangsa. Ish3, ganas2. Memang aku kena kuat kuasakan akta ISA 
Apa tengok2, tanduk kang baru tau.. See the head la
Lepas ni memang kena pasang pagar untuk elakkan kejadian sama berulang. Kambing jantan tu nampak gaya 50-50% hidup mati. Dah suntik antibiotik dan doa-doakan sembuh. Menurut alwi kepala kambing ni kuat, ada kambing yang tercabut biji matanya sebab bergaduh tapi hidup dan boleh dijual. Perkembangan semasa akan diperhatikan lagi.

Banyak betul kejutan raya ni ya, tiba2 datang pula En Syah Indrawan ke kandang saya untuk aqiqah. Ingatkan siapa, bila datang kandang dengan spek hitam besar dan topi mafia macam kenal. Lepas buka spek muka macam kenal. Rupa2nya En Tomok datang kandang untuk beli kambing aqiqah daripada kami. Tapi itu cerita lain..

Comments

  1. assalamualaikum tuan blog..

    itulah realiti smbutan kmerdekaan alaf baru..penuh dgn hiburan,tarian,nyanyian yang melalaikan..dan disudahi dengan pesta yang mnjurus kepada penzinaan.Subhanallah,smoga ahli kluarga,sahabat2 dan saudara seagama terlindung dari hasutan syaitan dan perbuatan keji lagi hina tersebut.

    mmg ganas betina tu.mgkin diala alfa female dlm kndang tu.hehe..pergh Tomok beli kambing dari tuan ye.terbaiklaa tu kalau jadi duta UMM Braqah tu makin laris tu perniagaan.haha..

    ReplyDelete
  2. Ustz.Don dh kahwin tu..Insyaallah dpt anak nnti dtgla kot cri kmbing akikah.haha..

    ReplyDelete
  3. haha..kmbg pun brdendam ya.mmg mcm manusia laa..kambing Pejantan Vanilla tu tak attack ke anak kecik dlm kandang..ke Tuan asingkan dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts