TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

INDUSTRI TERNAKAN KAMBING BERPOTENSI TINGGI suatu Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian

>> Tuesday, August 3, 2010

Disediakan Oleh: Zuriana Mat Adam, Ibu Pejabat FAMA (zuriana@fama.net.my)

Umumnya masyarakat keliru antara kambing dan biri-biri. Kambing adalah haiwan yang suka mencari makanannya dengan ekor menegak ke atas. Ia biasa diternak untuk daging dan susu. Manakala biri-biri pula adalah haiwan yang meragut dan biasanya diternak untuk mendapatkan bulunya.

Di negara- negara Barat, daging kambing sering disebut chevon manakala daging kambing muda disebut cabrito atau capretto. Sebaliknya mutton adalah daging biribiri dewasa dan lamb pula adalah daging biri-biri muda.

Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, pengguna tidak tahu dimana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biribiri tua dan daging biri-biri. Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi tidak begitu baik untuk jantung manusia.

Kekeliruan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing yang khasiatnya adalah bertentangan dengan daging biri-biri tua. Menurut Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan jantung. Ini disebabkan daging kambing mempunyai protein yang tinggi dan berkualiti dengan nisbah kandungan lemak tepu yang sihat. Berbanding dengan daging biri-biri tua yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak kari.

Kira-kira 65 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari diseluruh dunia adalah daging kambing. Negara Australia merupakan negara pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti. Di Malaysia, daging kambing hanyalah lapan peratus daging kambing untuk pasaran tempatan manakala selebihnya diimport dari Australia, Indonesia dan Vietnam bagi memenuhi permintaan dalam negara. Permintaan daging kambing pula sentiasa meningkat setiap tahun. Dianggarkan permintaan daging kambing oleh isi rumah akan meningkat sebanyak 473 tan metrik pada tahun 2010 daripada 11,091 tan metrik pada tahun 2008 (sila lihat rajah 1).

Pertumbuhan pengeluaran daging kambing juga diramal terus meningkat dengan kadar 6.7 peratus setahun untuk tempoh 2006 hingga 2010. Kini semakin ramai pengusaha berminat untuk mengusahakan ternakan kambing meningkat seiring dengan pertambahan permintaan terhadap daging kambing. Harga daging kambing tempatan juga agak tinggi di pasaran. (lihat rajah 2&3).

Pengeluaran kambing dalam negara yang masih rendah mewujudkan potensi industri ternakan kambing yang tinggi. Pengeluaran daging kambing atau biri-biri dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK-8) ialah 1,500 tan metrik dengan jangkaan akan meningkat kepada 2,300 tan metrik menjelang 2010. Bagi daging kambing, tahap sara diri ialah enam peratus pada tahun 2000, lapan peratus ( 2005 ) dan dijangkakan 10 peratus pada 2010. Industri ternakan kambing dijangka terus berkembang bagi memenuhi keperluan makanan negara dan bahan mentah untuk industri pemprosesan makanan bagi mengeluarkan produk berasaskan ternakan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Dijangkakan dalam tempoh lima tahun akan datang, industri ternakan kambing akan berkembang pesat di negara ini sejajar dengan penekanan dasar kerajaan yang menggalakkan penternakan dan pengeluaran kambing.

Tinjauan Pasaran Komoditi Pertanian
Agricultural Commodities Market Outlook

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP