Rezeki, Ajal Maut di tangan tuhan

Assalamualaikum wrmbth,

selamat bertemu kembali kepada para pembaca sekalian, untuk pengetahuan semua.. minggu lepas adah minggu yang amat sibuk bagi kami di Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah kerana 4 ekor kambing kami yang bunting berlumba-lumba melahirkan anak. Bilangan anak kambing yang dilahirkan sepanjang minggu lepas adalah sebanyak 9 ekor.


Anak kambing sulung syarikat kami

Satu pengalaman yang cukup bermakna bagi kami untuk menyambut kelahiran makhluk tuhan ke muka bumi ini dan secara automatik kami pun dapat jadi bidan kambing.. Al maklumlah, kami semua kurang pengalaman dan ilmu dalam bidang penternakan ini.. jadi disamping dapat menimba ilmu pengetahuan.. sedikit sebanyak timbul rasa insaf disanubari diatas kesusahan yang dilalui ibu kambing tersebut untuk melahirkan anak, penuh keperitan.


Kelahiran kembar pertama di sini

Pasangan kembar kedua bersama ibunya


Mbekk, lepas ni turn saya pula

Minggu lepas juga, salah seekor dari anak kambing kami (Bukan dalam gambar) telah kembali kehadrat ilahi.. Dari tuhan rezeki datang, kepadanya juga kita kembali. Semoga Allah swt memberkati usaha kami.

Comments

Popular Posts