TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kambing Halal: Disini bermula.. Jom beli kambing korban dan Aqiqah

>> Saturday, April 24, 2010

Assalamualaikum wrmbth,

Salam perkenalan dari kami di Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah  Sebagai sebuah entiti yang baru setahun jagung didunia perniagaan penternakan kambing ini, kami mengharapkan sokongan dari semua pihak dalam mengharungi dunia perniagaan yang serba mencabar. Sebarang komen dan cadangan adalah amat diharapkan sebagai salah satu cara bagi kami berinteraksi dan belajar dari para pembaca sekalian.

Sebagai permulaan, Syarikat kami menyediakan produk berikut:

a) Kambing untuk tujuan aqiqah dan Korban/Qurban
b) Kambing untuk Ternakan
c) Susu kambing segera dan segar
d) Baja organik
e) Khidmat memasak daging kambing sembelihan
f) Khidmat sembelihan

Sedikit pengenalan tentang latar belakang syarikat ini, kami ditubuhkan oleh 4 orang pemuda yang bertekad untuk mempelajari selok belok perniagaan berasaskan agrikultur & penternakan (khususnya kambing). Sebagai permulaan, kami telah memulakan projek penternakan kambing di tanah seluas 2 ekar bertempat di kampung batu 3 Jalan Bakti, 41400 Klang. Kandang ini mampu memuatkan 100 ekor kambing pada satu-satu masa dan berada berhampiran dengan kemudahan jalan raya utama. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk melawat tapak kandang ini, usah malu-malu kami mengalu-alukan kehadiran anda.

Apa yang ada pada penternakan kambing? Orang tua-tua ada menyatakan “tak kenal maka tak cinta” maka dibawah ini saya sertakan diantara kelebihannya:

a) Semua nabi dan rasul telah membela kambing, sebagai contoh Nabi Ibrahim telah membela berpuluh-puluh ribu kambing di zamannya. (Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang invidu dan sudah tentu pekerjaan seseorang akan memberikan impak/kesan dalam diri seseorang. Kambing adalah sejenis binatang yang manja dan mempunyai banyak kerenah dan ini secara tidak langsung memupuk sifat sabar, lemah lembut terhadap binatang yang lemah, penyayang, tanggungjawab dan disiplin kepada pembelanya. Kami pun masih baru dalam bidang ini, mungkin masih ada lagi rahsia yang belum diketahui)

b) Kambing cepat membiak (Kelahiran kembar adalah satu kebiasaan)

c) Daging kambing lebih sihat dari daging ayam dan lembu (Kurang kandungan lemak dalam dagingnya dan saiz molekul lemak yang lebih kecil). Kemungkinan cara masakan orang melayu yang berminyak menyebabkan khasiat daging kambing disalah erti.

d) Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan dengan izin Allah swt mampu mengubati penyakit-penyakit seperti demam kuning (Jaundice), penyakit sendi, menguatkan sistem pernafasan dan lain-lain (Terbukti melalui kajian dan salah satu makanan sunnah). Adalah disarankan supaya ibu yang meminum susu kambing, kerana anak didalam kandungan atau pun bayi yang disusukan akan mendapat perlindungan dari susu ibu.

e) Hasil sampingan seperti tinjanya boleh dijadikan baja organik yang sangat baik untuk tanaman.


Saya pasti ada banyak lagi kelebihannya yang tidak saya senaraikan yang pasti diketahui para pembaca yang bijaksana sekalian. Sudi-sudilah berkongsi pengetahuan agar dapat dimanfaatkan bersama diruangan komen.

Dimasa hadapan, insyaallah kami akan mempelbagaikan produk kami untuk manfaat bersama. Sehingga berjumpa lagi di posting yang seterusnya. JZKK

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP